Akad Nikah
Bagaimana saya nak menulis?, nak memulakan laman blog ini. Kerja-kerja menulis hanyalah dizaman berkerja dahulu. Dah sembilan tahun bersara. Lama tu... Oh ya dulu saya berkerja di Negeri Kelantan negeri Che Siti Wan Kembang kata orang. Sekarang tinggal dan menetap di Kuala Ketil, Kedah Darul Aman. Harap laman blog ini dapat memberi pengajaran dan pengalaman baru untuk saya.
Pada Sabtu 17hb.Oktober 2009 saya telah menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya Hasmizal Mehad yang tinggal di Tanjong Lobak,Grik dengan pasangannya Naszerah Abdul Hamid dari Kg Air Merah, Malau, Kulim, Kedah.Upacara akad nikah diadakan selepas solat zohor di Masjid Kg Ulu Bakai, Kulim.
+-+Copy.jpg)

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama